Geng Jamban - Perempuan

Category: By Yazid Umar

Kali ini nak bercerita tentang geng perempuan di Skype GengJamban. Ada beberapa orang yang aku kenal betul dan selalu bercerita bertanya khabar di blog aku atau di telpon..


============PEREMPUAN

1. Dazz -
Di blog aku lebih dikenali dengan 'dazZLinG_laLinG' dan sekarang sudah tukar nick lain iaitu 'dazzjelita'. Tetapi aku dapat tahu ada yang panggil dia 'bulat', tak tahu apa sebab dipanggil bulat dan part mana yang 'bulat'. Jujur cakap, seronok berkawan dan bercerita dengan dazz, tidak putus idea kadang kalau telefon dia tidak sedar sampai dua jam (nasiblah bil compeny bayar). Coler Ringtone dia ni macam tiap-tiap bulan bertukar dan patutlah selalu sangat mintak topup... Daz aku bagi : BERketerampilan..

2. Kiena -
Antara yang lama jugak aku kenal dan biasa sangat dengan aku (lap u 2). Serius bila bertelpon dan asyik batuk-batuk aje (lama betul) Pada aku Kina rajin, ringan tulang biarpun dengar-dengar orang kata dia tak ringan..(sorry.. tetap lap u). Dengar cerita suka memasak, emm jadi teringin sesangat untuk makan masakan Kina. Kina aku bagi : BERtanggungjawab..

3. Mia -
Orangnya dah kawin, ramah dan rancak bercerita. Aktif dalam segala hal luar dan 'dalam' rumah (itu sebab gambo bersukan) Aku agak kurang bual panjang dengan mia ni, biasa-biasa pun hai-hai dan bye-bye ajer. Tapi aku tahu Mia seorang yang senang dibawa bergurau, kalau tidak masakan sanggup join GengJamban yang banyak hantu jembalangnya..! Mia aku bagi : BERketekunan..
4. Nani -
Aku tau Nani ini seorang yang kreatif, kalau tidak masakan boleh buat 'Banner' untuk 1st. gath Skype. Aku pun cubalah lukis sekreatif yang boleh (lama tidak melukis). Dari gambo nampak seorang yang cerita meria dan sama juga boleh bergurau ganas-ganas. Nani aku bagi : BERkekreatifan (betul ada ayat ni.. tengok kamus)
5. Juice -
Jus, semua panggil macam tu. Aku baru mula nak manja-manja dan nak kenal orangnya. Baru membina blog dan aku rajin masuk baca apa yang dia catat. Nampak serius dan macam susah nak bergurau, tetapi rupanya tidak.. Jus ROCK KAPAK!! Jus aku bagi : Berkeceriaan..

6. Summer -
Satu geng dengan Kina, jadi mudah kata satu kepala (kembo siam) Antara yang lama di blog aku, tapi aku kurang sikit bercerita dengannya. Apapun aku selalu masuk blog Summer dan suka baca apa yang ditulisnya. suka tengok senyumannya.. (sebab itu aku lukis senyum lebar siap kucing) Summer aku bagi : BERsenyuman (bukan kurang siuman..!)

7. Lady -
Lady Marion, antara yang paling otai di blog aku. Biarpun aku jarang bercerita dengan ledi tetapi aku tahu dia the best. Boleh dia panggil aku 'boss', rasa macam dia staff aku pulak. Seorang yang boleh meghuru harakan Jamban dengan usik usainya. Itulah sebab aku lukis dia dengan bola boling.. Siap kena campak bola lagi.. Ledi aku bagi : BERsemangat..
8. Eleen -
Doraeeleen, nick yang digunakan di blog aku. Aku baru mula mau mengenalinya. Aku hanya tengok bagaimana orangnya dari segi bahasa dan bualan ayat. Apapun aku tahu Eleen pasti seperti lain-lain member Skype Jamban boleh dibawa bercerita boleh bergurau. Kalau tidak pasti mantal tidak tahan untuk kekal lama di dalamnya. Kata cerita Eleen yang paling muda (aku pk aku..!) jadi aku lukis yang muda bukan yang 'tecik'. Eleen aku bagi : BERpimpinan..


9. Minah Kampung (MK) -
Minah Kampung atau dikenali dengan panggilan ringkas MK, nak taip panjang sangat jadilah MK. Aku biasa betul dengannya dan dia pun rajin betul telpon aku dengan telpon opis (03 ... time aku sibuk terkejut jugak tengok no 03, pk mana bank cari aku) Boleh bergurau tapi jangan rock sangat, cepat rajuk.. susah nak pujuk. Dan sekarang dan tak mau masuk Jamban, lari balik kampung. Itu sebab gambo aku lukis dengan bag... MK aku bagi : BERtelefon..
10. Tipah -
Tipah sering aku nampak di blog aje, di Jamban tak penah aku jumpa. Aku memang tidak pernah bercerita dengannya. Jadi aku tak tahu macam mana orangnya. Tidak dapat aku gambarkan sifat dan sikapnya dalam bergurau. Itu gambar aku agak-agak aje, aku suka pompuan yang pakai kebaya. Tipah aku tertipu.. Tiada imbuhan 'BER'


 

6 comments so far.

  1. Unknown July 5, 2008 at 10:40 AM
    ekekeke..
    muekekeke...
  2. LaDY July 5, 2008 at 12:17 PM
    perghh giler..
    aku di katakan bersemanggat..
    ni yg kembang kempis idung aku nih..
    weeehehehehe..
  3. Nsem Man July 6, 2008 at 8:17 AM
    :kiss lady
  4. twistiesgurl July 6, 2008 at 2:15 PM
    nape muke aku cam lain jerk,...
    kepek....rambut i panjang tau....
    ni nak taip ni..
    (ailebiu)
    muah...muah...muahh
  5. Summer July 7, 2008 at 6:10 PM
    wahh...
    suke...suke..suke.
    semua perfect..cume 1 je...aku xsuke kucing, kucing dtg je aku lari..hehehe....
    tengkiu bang kepek...leb u jgk...
  6. Anonymous July 8, 2008 at 9:12 AM
    kahkahkah muka aku dahi luas...dahi aku xluas laaa. Banner tu sumbangan aku utk gengjamban. Moga korg hepi dan enjoy nti...

Something to say?