Kita kawan baik!!

Category: By Yazid Umar

KAWAN....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Kita KAWAN kan...!!!!

 

9 comments so far.

  1. din July 3, 2008 at 12:45 PM
    kawan...aku berterima kasih dpat berkawan dengan kawan yang macam korang...
  2. JuiCe July 3, 2008 at 12:53 PM
    same2 din..walaupon kawan tuh bkan aku..muehehehe
  3. KerepeK July 3, 2008 at 1:35 PM
    aku seronok dapat kenal dengan korang semua - terima kasih
  4. shrill July 3, 2008 at 2:06 PM
    aku sentiasa rindu pada korg bile time mlm...aku sunyi tnpa korg semua..korg adalah kawan aku. "KITA KAWAN" time kasih bkawan ngan aku..wlaupun aku second raja carut.. (first din)
  5. LaDY July 3, 2008 at 5:25 PM
    sume touching...
    waaahahahaha....
    ganas kunun...
    ekekekeke....
  6. mizu_sama July 3, 2008 at 9:41 PM
    errkk...ledi...dlm bab2 gini ssh mau ckp...aku dpt 3rd..hehehe...apa2 pn aku pun besyukur dapat kawan ngan korang sumer walaupun ada org tu utang ikan bako kat aku..."KORANG BEST!!"
  7. -dazZ- July 4, 2008 at 10:49 AM
    kawan?
    korang ni tau ke pe makna kawan tu..
    k= kawan
    a= aku
    w= wat
    a= aku
    n= nangis terharu

    nape nape nape
    emm tanpa korang
    tidak jelita la aku
    syok la geng korang
    korang paling BEST
    (pe la aku taep ni)
  8. twistiesgurl July 6, 2008 at 2:20 PM
    aku sayang korang sampai bile2..
    korang la tempat aku ngadu ..korang la tempat aku menghappykan diri...
    korang memang best...
    best giler...
    kalo xde korang aku sunyi...
    (smbil nangih)
    sunyi sangat..
    aku kursus seminggu..hidup aku x tentu arah... rindu nk borak ngn korang..
    time kasih bebanyak sebab korang sudi kawan ngn aku...
    lebiu all....
  9. NaNi July 8, 2008 at 9:07 AM
    emm.. apa aku nk cakap ye..sume dh abis cakap apa yg aku nak cakap...so apa yg aku nak cakap dah korang cakap so aku cakap apa2 je la...issshhh mende aku cakap ni....

Something to say?