Sistem alarm kereta terbaru

Category: By Yazid Umar

Mungkin anda pernah dengar atau anda buat-buat tak tahu tentang kecurian kereta. Jangan biarkan!! Kereta baru atau lama anda mudah dicuri walaupun telah dikunci baik dengan penggera atau alarm yang ganas giler.

Kita bekerja tiap-tiap bulan untuk membayar ansuran bulanan kereta yang memakan masa 9 tahun, tapi kalau nak hilang, sekelip mata sahaja. Ingat! Insuran untuk kereta yang hilang @ dicuri cuma dibayar 60% daripada nilai pasaran semasa, kita akan tetap merasa kerugiannya. Lebih-lebih lagi nilai aksesori kereta kita.

Tunggu sampai bila!! Sampai kereta jiran kena dulu atau barang dalam kereta kita dicuri. Jangan berlengah lagi laburlah sedikit demi untuk keselamatan kereta kita daripada kena labur lebih besar untuk kereta yang hilang.....

Renungkanlah sejenak.........................

Gunakanlah sistem alarm yang terkini ini... dijamin pencuri kereta tidak sanggup untuk mencuri lagi. Taubat Nasuha pencuri itu percayalah. Ada 3 jenis sistem alarm yang tersedia untuk kereta anda.

Yang pertama ini adalah yang terbaik antara yang baik. Bunyi alarm dari belakang bawah dengan sistem bunyi keliling.


Yang kedua, bunyi masih di belakang, tetapi di atas, dengan teknologi Amplifier 1000watt. Tetapi agak malang bila time musim perayaan Tahun Baru Cina, alarm tidak akan berfungsi. (pergi cari angpau..)


Ketiga, serapan bunyi yang nyaring, tetap dengan teknologi bunyi dari belakang atas, hentakkan bertalu-talu yang biasa mencairkan taik telinga.


Kelebihan

Dapat mengelak dari kes-kes seperti berikut:
Kecurian biasa. Cth:- Tempat letak kereta
Kunci salinan. Cth:- Bengkel kereta, kedai cuci kereta
Kecuaian. Cth:- Kunci tertinggal dalam kereta
Samun ditengah jalan atau pecah rumah

Keistimewaan

Jaminan 1 tahun
Sistem boleh dipindahkan
Kemudahan ansuran bulanan disediakan

Maklumat lanjut hubungi no telefon ini : ***- ******* (takut kena BAN oleh MK)
 

1 comment so far.

  1. mizu_sama July 13, 2008 at 7:29 PM
    bpe herge?

Something to say?